SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB PSS

Selayang Pandang

    Pusat Sumber Sekolah (PSS) ialah sebuah pusat yang dilengkapi dengan bahan cetak, peralatan dan kemudahan sebagai bantuan atau sokongan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran yang disesuaikan dengan keperluan kurikulum sekolah bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk individu dan kumpulan.
 
     PSS merupakan satu gedung ilmu pengetahuan di mana individu atau kumpulan dapat mencari, memperkaya dan mempertinggi pengalaman dan pengajian. PSS juga merupakan agen perubahan dalam sesebuah sekolah ke arah perkembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan.

    PSS juga merupakan satu sistem yang dinamis dan praktikal dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kerana PSS memberikan peluang dalam perkhidmatan yang mencapai aktiviti-aktiviti seperti membaca, menyebut, menulis,  menyelidik, berbengkel, mengulangkaji serta membuat rujukan secara terpimpin  atau bersendirian.

    PSS yang berkesan dilengkapkan dengan koleksi bahan-bahan buku dan bukan buku. PSS juga menyediakan bahan-bahan kemudahan untuk kegiatan rekreasi seperti buku-buku fiksyen, majalah-majalah, suratkhabar dan permainan-permainan.




Sejarah

Pusat Sumber SMK Raja Perempuan Ipoh telah ditubuhkan  iaitu pada tahun 1951. Selari dengan penubuhan sekolah dan kemudahan fizikal yang sentiasa berpindah Pusat Sumber juga mengalami transformasi dari semasa ke semasa. Sehinggalah ia kekal teguh berada di tingkat tiga Blok Marikh. Dari hadapan Pusat Sumber dapat dilihat pemandangan padang sekolah yang hijau serta kesibukan di Jalan Sultan Azlan Shah Selatan. Berlatarbelakangkan Banjaran Kledang Blok Suria dan Blok Zuhal juga dapat dilihat dengan mudah. Menjenguk ke bawah bangunan pula adalah keindahan panorama Laman Herba yang menyimpan seribu rahsia khasiat tumbuhan herba.

Kawasan sekolah yang luas dan ditanami pelbagai tumbuhan ini telah mewujudkan sebuah suasana yang harmoni dan sesuai sebagai Stesyen Pembelajaran yang Asli. Pelajar juga mempunyai ketersampaian yang baik terhadap persekitaran tersebut. Maka terdapat beberapa Stesyen yang di kategorikan CERIA dan dilabelkan dengan papan tanda. Terdapat juga tanda STESYEN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR. Hasilnya wujudlah keserasian dengan konsep SEKOLAH dalam  PUSAT SUMBER yang secara langsungnya mewujudkan seluruh kawasan sekolah dimanfaatkan menjadi sumber realiti yang mampu mengukuhkan proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bilik Darjah.

 

Konsep Pusat Sumber

Suatu tempat - yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa.
Perkhidmatan - yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran.
Koleksi bahan - yang disediakan lengkap dan kemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan.
Agen perubahan - yang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran.    

 


Objektif Pusat Sumber

  • Kecemerlangan pendidikan
  • Penggunaan kemudahan
  • Pemupukan tabiat belajar
  • Penghasilan bahan
  • Perkhidmatan pembelajaran
  • Kemahiran maklumat

Fungsi Pusat Sumber

a)  Mengenalpasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum
b)  Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran
c)  Merupakan tempat bahan pengajaran – pembelajaran dapat dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah
d)  Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi
e)   Menjadikan pusat sumber pusat perhubungan di antara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan
f)  Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran
g)  Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat selaras dengan kurikulum
h)  Menyediakan peluang pelajar mengembangkan kemahiran pembelajaran kendiri
i)  Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat