TERKINI

Selamat datang kepada semua warga baru RPS.




mutiara kata

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni.
_____

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

PENGENALAN

Laman Web khusus bagi Kelab Kakitangan RPS diwujudkan agar semua guru di RPS khususnya dan warga pendidik di Malaysia amnya akan dapat mengetahui serba sedikit akan maklumat-maklumat berkaitan aktiviti kelab ini.

JAWATANKUASA 

Lantikan baru bagi sesi 2010 telah dijalankan pada Contact Hour 1 bertarikh 6 Jan 2010 di Dewan Kuliah. Berikut adalah keputusan pengundian. Tahniah kepada barisan yang baru dilantik.

Ahli Jawatankuasa Kelab Kakitangan RPS 2010


Pengerusi : Encik Paramasivam


N. Pengerusi : Pn. Mashidah Abu Bakar


Setiausaha : Pn. Hasnah Hamid


Bendahari : Encik Khusairi


AJK
                                                        
Cik Wong L K           Pn. Zurina            Pn. Syazrin Syimee        Pn. Nor Azliha
   

sana sini di RPS

Januari 2010
~ Selamat tahun baru 2010 & selamat kembali ke sekolah kepada semua warga RPS. Selamat datang ke RPS kepada semua warga baru RPS yang terdiri daripada 11 orang guru baru. Semoga dapat bersama-sama membina RPS kearah kecemerlangan. Tidak dilupakan ucapan selamat bertugas di tempat baru kepada semua warga RPS yang telah bertukar / dinaikkan pangkat ke sekolah lain antaranya:- Ms Thang, Pn Nor Alauyah, Pn Ruzanah, Pn Sabariah, Pn Nadzra, Cik Chan, Pn Cheah, Pn Norayuza, Cik Sharifah Badroon, Pn Siti Ruhana, Pn Ayzasuzana, Pn Hasnah, Pn Kasmah, Pn Hasfarizan, Cik Suhaila Sarad, Pn Saadiah Osman & Pn Nurulhuda. Jasa anda semua pasti terus dikenang, sesungguhnya sumbangan kalian semua tiada tolok bandingan. Ingatilah kami sentiasa dan semoga bertemu lagi di lain masa. :)

Ogos 2009
~ Perpisahan berlaku lagi bulan ini dimana RPS kehilangan 2 orang kuatnya iaitu PK Hem Puan Haslina dan GK Votek Puan Norazizan...2 srikandi RPS ini telah ditukarkan ke sekolah SMK Megat Khas dan SMK Tambun. Selamat bertugas di tempat baru...sesungguhnya perpisahan amat perit dirasakan, namun perjuangan sebagai pendidik bangsa perlu diteruskan, selagi hayat dikandung badan.
~ Selamat datang Puan Zuraida Ahmad Khulaimi sebagai PK HEM (bekas PK Koko RPS) dan juga Puan Chan (sebagai GK Votek)...bersama-sama kita menaikkan kecemerlangan RPS.

Julai 2009
~ Pengetua selamat tiba di Malaysia pada 11.7.09, namun disebabkan pandemik influenza H1N1 yang berleluasa kini, Puan Pengetua berehat di rumah selama seminggu sebelum memulakan tugasnya, sebagai langkah berjaga-jaga.
~ Kedatangan warga UK dari Taunton School bagi perlawanan persahabatan Hoki dan Bola Jaring memberi ruang pelajar RPS menimba pengalaman bermain dengan warga asing. Tahniah atas kejayaan Hoki dan Bola Jaring, sememangnya anda semua tiada tandingan.

Jun 2009
~ Ketiadaan Pengetua amat dirasai oleh warga RPS. Sesi skype, lansung dari London mengubat rindu pelajar-pelajar. Teknologi canggih masa kini mendekatkan kita kepada mereka yang berada jauh dari kita, tidak kira di mana jua berada,  tidak kira masa.
~ Warga RPS sekali lagi terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Ustazah Azizah dan Puan Norazida setelah permohonan bertukar diluluskan. Selamat bertugas di tempat baru!
~ Selamat kembali pula diucapkan kepada Puan Lim Kay Lee dan Encik Khusairi yang bertukar semula ke RPS sebagai Guru Tingkatan Enam.

Mei 2009
~ Encik Salehin, Munsyi Dewan telah ditukarkan ke PPD sebagai Pegawai Khas Akademik...sesungguhnya budi yang ditabur di RPS akan kekal mekar selamanya. Terima kasih atas jasamu!
~ RPS dinobatkan Sekolah Kluster Kecemerlangan. Tahniah kepada semua warganya yang tak pernah kenal erti penat. Tanpa warganya, RPS tidak mungkin diberi penghargaan sedemikian...
~ Puan Pengetua telah dipilih dikalangan 30 orang Pengetua seluruh negara untuk mengikuti kursus Pengetua Sekolah Kluster Kecemerlangan di Kings College, London UK. Selamat berkursus kami di RPS ucapkan dan semoga ilmu yang ditimba akan memberi sejuta manfaat buat kami di RPS. Pengetua akan berangkat ke destinasi kursus pada 17 Mei 2009 dan akan berada di sana selama 2 bulan.
~ Selamat datang kami ucapkan kepada guru yang baru bertukar ke RPS, Encik Abdul Ridzuan, bertambah lagi spesies lelaki di bumi RPS... :))
~ Turut dialukan kedatangan Puan Zunita yang telah diberi tugas membantu Guru Media di PSS.

Mac 2009
~ Tahniah juga kepada Puan Saidatul yang telah kembali bertugas selepas baru menimang cahaya mata yang pertama pada bulan 12 tahun lalu.
~ Selamat kembali bertugas Puan Latipah, PK Koko yang disayangi. Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu... :))
~ 6.3.09 - Latihan kebakaran di sekolah. Cuaca memang panas...rasa macam terbakar.
~ 7.3.09 - Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah
~ Selamat tinggal di ucapkan kepada Encik Abu Bakar atau lebih dikenali dengan panggilan Burn oleh rakan rapatnya kerana telah dinaikkan pangkat ke PK Koko SMK Tanjong Rambutan. Tanhiah diucapkan dan selamat bertugas di tempat yang baru. Segala jasa Encik Bakar akan terus dikenang.
~ Tahniah juga diucapkan kepada Puan Mutulachimi yang juga dinaikkan pangkat ke GK Sains SMK Seri Intan.
~ Selamat datang kepada Puan Asmah, GK Kemanusiaan yang baru menggantikan Pn Soraya.
~27-29 Mac: Program Gemilang Akademik PMR Sekolah Kelas Rancangan Khas 2009


Februari 2009
~ Selamat kembali bertugas diucapkan kepada Pn Norlaila CM, Guru Data kita yang telah memulakan tugas rasminya pada 2/2/09 selepas selamat melahirkan bayi lelaki comel. Dengan kedatangan Pn Norlaila, teruruslah sudah segala data.... :) !
~ Selamat bertugas di tempat baru diucapkan kepada Puan Soraya Begum, GK Kemanusiaan yang bertukar ke SMK Perempuan Methodist (MGS).
~ 21.2.09 - Mesyuarat Agung PIBG
~ 24.2.09 - Majlis Pelantikan Badan Kepimpinan Pelajar
~ 27.2.09 - Kejohanan Olahraga Tahunan 2009. Tahniah rumah Bakti menang tahun ni. Berbaloi lah segala penat lelah Puan Norma...


Januari 2009
~ Salam perpisahan diucapkan kepada beberapa orang rakan kita yang telah bertukar ke sekolah lain iaitu En. Khusairi, Pn. Mai Kalsum, Pn Abrizah, Pn Hajjah Wan Rozina, Pn. Faizah & Pn Norashikin. Sesungguhnya ketiadaan mereka ini merupakan satu kehilangan besar buat RPS. Teruskan budaya cemerlang RPS di tempat baru!
~ Salam perpisahan kepada En. Kamarul Baharin yang telah dinaikkan pangkat dan akan beralih angin ke JPN unit peperiksaan. Selamat bertugas!
~ Selamat datang kami ucapkan kepada warga RPS yang baru, Pn Zuhira, Pn Umaimah, Pn Noraihan Din, Pn. Saadiah, Pn. Wong N G dan Pn. Mashitah.
~ 17.1.09 - Majlis Farewell guru-guru bertukar berjalan dengan lancar di Hotel Seri Malaysia bermula pukul 12.30 tengah hari hingga 3.00 petang. Mereka yang diraikan telah hadir. Sila klik di sini untuk gambar-gambar.
~ Kita juga mengalu-alukan kedatangan Cik Sellam ke RPS sebagai warga RPS yang baru.
~ Bersama-samalah kita mendoakan kesihatan PK Koko kita, Puan Latipah yang kini masih dalam rawatan semenjak bulan 12 yang lalu. Semoga beliau cepat sembuh dan kembali bertugas di RPS. Kami semua amat merindui mu...!!!
~ Selamat Tahun Baru Cina kepada semua warga RPS yang menyambutnya dan semoga tahun yang mendatang memberi kejayaan gemilang buat kita semua.
~ 23.1.09 - Kejohanan Merentas Desa telah dengan jayanya dilaksanakan. Tahniah kepada rumah Yakin kerana memenangi gelaran Juara tahun ni. Senyum lebar Puan Mah Yi Fun nampaknye...






















galeri

Sila klik untuk paparan lebih besar.

Puan Mutulachimi bersama anak didik disayangi. Bergambar kenang-kenangan di hari terakhir beliau pada 27 Mac 2009, bersama kad ucapan gergasi yang penuh dengan luahan hati mereka...berat untuk melepaskan guru kesayangan...namun perjuangan perlu diteruskan...dan semoga nasihat Puan Mutulachimi di jadikan panduan untuk kejayaan di masa hadapan.





Encik Abu Bakar (GK Sains) di hari terakhir beliau di RPS pada 25 Mac 2009. Meja beliau yang dulunya penuh dengan buku-buku, fail, dan dokumen-dokumen, kini nampak lengang dan kemas. Telah banyak jasa yang ditabur di RPS terutamanya di bidang Matematik. Ramai guru & pelajar akan terasa kehilangannya, tambahan pula kaum lelaki di RPS kini semakin pupus...



Majlis Farewell Guru Bertukar
17 Januari 2009 - Hotel Seri Malaysia, Ipoh