2nd INDOOR ASIA HOCKEY TOURNAMENT 3 - 9 AUGUST 2009 STADIUM INDERA MULIA, IPOH
Pemain Hoki RPS telah dipilih mewakili Malaysia 'B' dalam 2nd INDOOR ASIA HOCKEY TOURNAMENT yang telah berlansung di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada 3 hingga 9 Ogos 2009. Tahniah
diucapkan kepada pemain RPS kerana berjaya menunjukkan kehebatan mereka
bermain walaupun hanya lebih kurang sebulan sahaja berlatih
untuk bermain hoki secara 'indoor'. 5 negara bertanding iaitu
Malaysia, Iran, Uzbekistan, Kazakhstan and Thailand dalam kategori
lelaki dan wanita.
Perlawanan ini turut meninggalkan kenangan manis apabila ianya disaksikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Bainun. Kenangan
manis ini lebih bermakna apabila pemain hoki dan guru hoki RPS
berpeluang bergambar bersama Tuanku dan Permaisuri. Sesungguhnya,
seluruh warga RPS amat berbangga dengan kejayaan pasukan Hoki
sekolah dan mengharapkan yang terbaik buat semua pemain tidak kira apa
jua bidang yang diceburi.