ANNUAL DINNER MANAGEMENT, TEACHERS AND STAFF 13 NOVEMBER 2009
Pada
13 November 2009 bertempat di Perak Royal Golf Club, para guru dan staf
SMK Raja Perempuan, Ipoh telah berkumpul untuk meraikan berakhirnya
tahun 2009 yang penuh warna warni, pahit manis dan penat lelah dengan
jamuan makan malam ala barbeque di tepi kolam renang yang sangat indah.
Ramai guru dan staf yang hadir termasuk barisan pentadbir dan AJK
PIBG. Pelbagai aktiviti menarik telah disusun rapi oleh AJK Kelab Guru
yang diketuai oleh Puan Zauyah. Syabas diucapkan kepada Jawantankuasa Kerja kerana telah berjaya menganjurkan jamuan makan malam ini.