|

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8
Februari
1903 -
6 Disember
1990)
merupakan Ketua Menteri
Persekutuan Tanah Melayu
dari
1955, dan
Perdana Menteri
pertama sejak
kemerdekaan
pada tahun
1957 sehingga
1970.
Pembentukan
Malaysia pada
tahun
1963
merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya
dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa
Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Allahyaraham Tun Abdul Razak bin
Haji Dato' Hussein (11
Mac
1922 -
14 Januari
1976)
merupakan
Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun
1970
sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran
Dasar Ekonomi Baru (1971)
(NEP) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan
ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme
perkauman dalam kalangan masyarakat
Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah
dikenang sebagai "Bapa Pembangunan".

Allahyaraham Tun Hussein bin Dato' Onn (12
Februari
1922 -
29 Mei
1990)
merupakan
Perdana Menteri Malaysia
ketiga yang berkhidmat dari tahun
1976 sehingga
1981. Beliau
diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan
untuk mencapai
perpaduan kaum
dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang
mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh
sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat
Malaysia, Tun
Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
(Tulisan
Jawi: محضير بن محمد, dilahirkan pada
20 Disember
1925;
juga digelar sebagai "Dr. M" dan nama penanya Che Det)
adalah
Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal
kepimpinannya dari
16
Julai
1981 sehingga
31 Oktober
2003,
beliau menerajui negara ke arah arus kemodenan yang amat pantas dan
menyebabkan kemakmuran di segala lapisan masyarakat Malaysia.
Pencapaian terbaiknya ialah
keupayaannya mengekalkan keamanan dan kedamaian dalam sebuah negara
yang berbilang bangsa melalui pemeliharaan suatu
golongan pertengahan orang Melayu. Walau bagaimanapun, beliau
sentiasa dikritik atas gaya pemerintahannya yang
autokratik dan dituduh bersifat
kronisme.
Beliau juga merupakan seorang
tokoh politik antarabangsa yang suka berterus-terang dan
bersifat kontroversi. Beliau adalah seorang penganjur gagah nilai-nilai
Asia —
kapitalisme autokratik yang dianjurkan oleh negeri — sebagai
alternatif kepada
individualisme
Amerika Syarikat dan kapitalisme
dasar berkecuali (laissez-faire).
Dr Mahathir telah dikaitkan dengan
pembangunan pelbagai projek mega pada zaman pemerintahannya seperti
projek Kuala Lumpur City Centre (KLCC),
Menara Berkembar PETRONAS,
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan
Koridor Raya Multimedia (Multimedia Super Coridor/MSC).
Selepas persaraannya, nama Dr
Mahathir terus terpahat sebagai "Bapa Pemodenan Malaysia", negarawan
ulung yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara moden, makmur,
ceria dan penuh bertenaga. Pada Jun
2005,
beliau dianugerahkan sebagai
Tun,
pangkat kehormatan yang tertinggi di Malaysia. Melalui
perkhidmatannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau
merupakan pemimpin paling lama yang memegang jawatan tersebut di
Asia Tenggara.

Yang Amat Berhormat Dato' Seri
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir:
26 November
1939;
juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan
Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun
Dr.
Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan Presiden
UMNO, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Sebelum
menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan
tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai
Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung
UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi
sehingga 1991.
Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri,
dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999
Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada
tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir
sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Di mata orang
awam, Abdullah dikenali sebagai seorang yang ramah, tegas dan
mempunyai pribadi yang kuat.
Maklumat di atas diperoleh daripada laman web
wikipedia. |