Setelah 51 tahun negara bebas dari
penjajahan , Malaysia terus mengorak langkah demi mencapai Wawasan
Negara disamping keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.
Kehadiran Portal Kemerdekaan SMK Raja
Perempuan, Ipoh
diharap dapat menghangatkan lagi sambutan 51 tahun kemerdekaan tanah
air , dan sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada generasi
muda mengenai sejarah dan erti kemerdekaan sekaligus dapat mengimbau
kembali jerit perih pejuang-pejuang kemerdekaan dalam menuntut
kemerdekaan tanah air.
Diharap para pengunjung mendapat
manfaat daripada kewujudan portal ini.....
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-51
SMK Raja Perempuan
Ipoh telah melancarkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-51 pada
25 Ogos 2008. Pengetua bersama-sama barisan pentadbir sekolah telah
memotong kek sebagai simbolik meraikan kelahiran negara tercinta,
Malaysia. Pelbagai aktiviti telah disusun rapi khusus untuk pelajar
menjelang detik 31 Ogos 2008, agar semangat patriotik dan
kemerdekaan dirasai dalam kalangan generasi muda.